Thursday, August 20, 2009

Ramadhan 22 August 2009

Ceria, gembira, suka & macam2 lagi lah.
Itu lah perasaan aku. Bukan nya di sebabkan aku nak kawin ke, naik gaji ker atau ape2 pun.
Ini diseababkan bulan ramadhan telah kembali. Semua umat islam akan menjalani ibadah puasa. Tak sabar rasa nya nak berpuasa.
Di samping kegembiraan timbul juga rasa sedih. Setiap ramadhan tiba aku pasti akan teringatkan arwah ayah. Kerana arwah ayah lah orang yang paling aku sayang. Dia lah orang yang paling rapat dengan aku, yang selalu memberi kata2 semangat semasa aku dalam kesusahan. Dia akan membuat apa sahaja apa yang aku hendak walaupun perkara itu mustahil untuk dia lakukan. Tak pernah terungkap pun kata "tak, tak boleh, banyak keje" dari mulut dia bila anak-anak nya meminta pertolongan. Dengan penuh keihlasan dia akan membantu demi melihat anak-anak nya gembira. Genap 3 tahun ayah telah meninggalkan kami. Aku redha segalanya.Semoga roh ayah mendapat rahmat dari allah swt.
Oleh itu kepada kengkawan semua selagi anda boleh balik ke kampung, balik lah untuk berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa pada ramadhan ini sementara mereka masih ada. Jangan jadikan perkataan sibuk sebagai alasan sehingga ibu bapa sendiri kita abaikan. Hargailah pengorbanan mereka semasa mereka menjaga kita suatu masa dulu.
Marhaban Ya Ramadhan....

No comments:

Post a Comment